-->

Kecacatanku - Doaku kepada Illahi

Friday, August 27, 2010
Aku memohon kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, "TIDAK, itu bukan untuk Kusingkirkan tetapi untuk kau mengalahkannya"

Aku memohon kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, " TIDAK, jiwa itu adalah sempurna, badan hanyalah sementara"

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, "TIDAK, kesabaran adalah hasil dari kesusahan. Ia tidak dihadiahkan, ia harus dipelajari"

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, "TIDAK, Aku memberimu berkat, kebahagiaan adalah bergantung kepadamu"

Aku memohon kepada Allah untuk menjauhkan penderitaanku.
Allah menjawab, "TIDAK, penderitaan menjauhkanmu daripada perhatian duniawi dan membawamu dekat pada-Ku"

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, "TIDAK, Aku akan memberimu hidup sehingga kau dapat menikmati segala hal"

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain yang kukasihi seperti mana Engkau mengasihiku.
Allah menjawab, "Akhirnya kau mengerti, HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu, mungkin hanyalah seseorang, tetapi bagi seseorang, kamu adalah dunianya".

amatilah!!.....
terimakasih kawan dan izinkan aku menyadurkan di sini....untuk teman-temanku yang lain....

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Thursday, August 26, 2010
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.


Apakah OKU ??

Aku berharap maklumat berikut dapat membantu anda sekelian memahami apakah yang diklasifikasikan sebagi OKU dan dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan kalimah Orang Kurang Upaya (OKU)

Kategori orang kurang upaya

Terdapat enam kategori orang kurang upaya yang turut melibatkan kanak-kanak, iaitu:

  • Kurang Upaya Pendengaran - termasuk pekak dan bisu.
  • Kurang Upaya Penglihatan - termasuk rabun, buta.


OKU tiada keistimewaan

Wednesday, August 25, 2010
2010/05/29
Titisan Harapan: OKU tiada keistimewaan guna wad kelas satu

Bantuan patut disalur berasaskan hak, kemampuan bukan hanya penuhi tuntutan kebajikan

TULISAN saya mengenai orang kurang upaya (OKU) minggu lalu mendapat maklum balas daripada golongan senasib. Semua menyuarakan rasa kurang puas hati terhadap keperluan, kemudahan dan perkhidmatan disediakan untuk OKU.

Ubah Nasib OKU

Dengan mengambil kira kepentingan dan sumbangan dari golongan OKU, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia menyarankan, bahwa isu dan pemasalahan OKU perlu diserapkan dalam agenda pembangunan negara.

Saya menyeru kepada semua golongan koporat dan badan-badan bukan kerajaan untuk menyumbang dari segi kewangan dan kepakaran demi pembangunan OKU yang juga mampu untuk menyumbang kepada kemakmuran negara
Datin Seri Rosmah Mansor, Pekan


Hari Istimewa di PDK

Thursday, July 22, 2010
Semalam rombongan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti datang melawat rumah ke rumah, adalah mak aku buat sedikit makan-makan diberikan kepada guru-guru PDK dan pegawai-pegawai JKM…

 

Browse