-->

perjalanan hidup ku..

Assalamualaikum..



Aku dilahirkn pada 27 January 1989. Aku lahir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu. Anak yang pertama dalam keluarga. Lahirnya aku nyongsang, keluar kaki dahulu. Pada mulanya family aku tak tahu aku ni ada kecacatan fizikal. Ketika aku berumur 2 or 3 tahun mak aku Zainah Binti Abdul Aziz mula perasan keadaan aku tidak seperti anak-anak kecil yang lain.



Ketika itu la mak dan abah berusaha sedaya upaya berubat kehulu kehilir. Bermacam cara tapi akhirnya mereka berjaya. Dahulu aku langsung tidak mampu untuk bergerak ke sana sini, jika terdapat pertukaran tempat, mak dan abah la yang mengangkat aku, atas usaha mak dan abah aku yang gigih berusaha mengajar aku agar aku dapat berjalan seperti anak-anak lain akhirnya membuahkan hasil walaupun gaya jalan aku tidak seteguh rakan-rakan ku yang normal tetapi aku mampu bergerak. Aku bersyukur kerana mak dan abah banyak membantu aku dalam meneruskan kehidupan aku.Mak aku juga banyak mengajar aku membaca, menulis, mengira dan mengajar aku erti berdikari.



Sewaktu aku berumur 5 tahun, aku memasuki alam persekolahan. Semuanya berlaku tanpa diduga, aku ejek oleh rakan-rakan maklum la budak-budak. Aku agak kecewa pada mulanya, sifat marah, sakit hati dan bermacam-macam perasaan bermain didalam hati ini. Aku tidak mengerti ape yang berlaku, aku teruskan semuanya tanpa mengetahui erti hidup yang sebenar.



Usia aku 7 tahun aku semakin kenali kehidupan dunia, sesi persekolahan darjah 1 pun bermula. Aku hanya mampu bersekolah selama seminggu sahaja ini kerana aku sering di ejek dan di kutuk atas keadaan aku. Ape salah aku sehingga mereka semua mengejek aku sedemikian rupa? Aku berhenti belajar dan aku hanya belajar di rumah. mak dan abah selalu mengajar aku banyak benda.



Mak dan abah terus berusaha tanpa henti, mereka mahu melihat aku sempurna seperti kanak-kanak lain. Mereka menghantar aku ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti di Felda Bukit Besar, pada waktu itu aku tiada keinginan untuk memasuki ke pesat tersebut kerana aku tidak dapat hakikat yang aku sama seperti mereka.



Tetapi, kerana ingin menjaga hati ibu bapa aku yang banyak berkorban untuk aku, aku akur. Setelah 2 hri aku di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, guru di pusat tersebut memberitahu yang aku tidak layak memasuki pusat tersebut kerana IQ aku seperti orang normal dan aku mampu belajar seperti kanak-kanak lain.



Kehidupan zaman kanak-kanak aku mungkin tidak seperti korang semua berlari dan melompat, tetapi aku juga mempunyai keinginan seperti itu. Bermain kejar-kejar, melompat dan bermain bola sepak. Tetapi aku hanya mampu melihat dan menumpang kegembiraan sesama rakan-rakan sahaja.



Perlu ke aku menyalahkan takdir?



"HANYA PADA MU YA ALLAH AKU BERMOHON AGAR AKU SABAR MENJALANI UJIAN MU YA ALLAH"


 

Browse