-->

Hari Istimewa di PDK

Thursday, July 22, 2010
Semalam rombongan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti datang melawat rumah ke rumah, adalah mak aku buat sedikit makan-makan diberikan kepada guru-guru PDK dan pegawai-pegawai JKM…


Hari ini pulak aku sumbang sikit makan-makan dekat PDK sebab aku dah berniat nak sedekah bagi bebudak dekat PDK tu makan, kebetulan pulak…

20hb july hari jadi mak aku yang ke 45 tahun niat kan la sekali untuk mak yang tersayang. Aku tak tahu yang tadi pagi ada orang nak meraikan hari jadi cucunya di PDK tu. Maka, bertambah la reziki di PDK td pagi…

Aku sarankan, jika korang mempunyai anak-anak atau adik beradik yang kurang upaya, hantarlah dia orang ke PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) yang terdekat, di dalam pusat ini terlalu banyak kemudahan untuk golongan orang kurang upaya…

Disamping itu juga, anak-anak korang dan adik-adik korang akan diajar cara untuk berdikari, bacaan doa-doa, membuat kraftangan, diberi fisioterapi dan banyak lagi pengajaran yang akan memberi kesan positif kepada anak-anak korang…

Jangan biarkan anak-anak atau adik beradik korang yang kurang keupayaan tanpa sebarang kemahiran untuk meneruskan kehidupan didunia ini…

Demi masa hadapan anak-anak korang dan adik beradik korang hantarlah anak-anak dan adik beradik korang yang kurang upaya di PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI yang terdekat agar anak-anak dan adik beradik korang dapat belajar berdikari jika disuatu saat korang tiada untuk menjaganya…

Renungkan kata-kata tersebut…



Antara aktiviti di PDK

0 ulasan:

 

Browse